Wednesday 9 January 2013

Komuniti ASTRA Perak di Fiesta Pelancongan Negeri Perak 2012

Komuniti ASTRA Perak telah diberi peluang mengadakan pameran radio amatur di tapak pameran Karnival Fiesta Pelancongan Perak 2012 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Acara ini merupakan kemuncak kepada Tahun Melawat Perak 2012 serta bermulanya kempen Discover Perak. Pelbagai acara mengisi sepanjang 5 hari karnival itu yang berlangsung 27 hingga 31 Disember 2012. Selain daripada pameran radio amatur, acara CheckNet ASTRA Malaysia turut dijalankan dari tapak karnival yang dikelolakan oleh Cikgu Khalid 9W2AGU. Pihak penganjur turut menyiarkan sesi CheckNet ini menerusi sistem audio utama tapak karnival agar ianya dapat didengari oleh para pengunjung karnival. Pada malam 31 Disember 2013, pengurus Komuniti ASTRA Perak turut serta memberi ucapan tahun baru bersama-sama semua pengurus-pengurus Komuniti ASTRA negeri di rangkaian transnasional. Menerusi acara ini, Komuniti ASTRA turut berjaya menarik minat sejumlah kira-kira 50 pengunjung mendaftar sebagai rakan ASTRA Perak/ bakal SWL di bawah komuniti.
Fiesta Pelancongan Perak 2012

0 comments:

Post a Comment