SELAMAT DATANG, WELCOME, WILKOMMEN, BIENVENUE, WELKOM, HUAN YÍNG, BIENVENIDO

Selamat datang blog Komuniti Astra Perak. Komuniti ini terdiri daripada pengamal radio amatur di Perak yang bernaung di bawah ASTRA Malaysia..

Sunday 27 January 2013

Timbalan Perdana Menteri QSO Menerusi Transnasional ASTRA

Ihsan rakaman 9W2USM - TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah QSO bersama Cikgu Abu 9W2PKK sempena perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia zon tengah di SMK Sabak Bernam. Beliau menggunakan callsign kelab 9M4CSB telah berkomunikasi dengan cikgu Abu yang 'portable' membaiki repeater di Lenggong, Perak.

Thursday 24 January 2013

Tahniah SWL Yang Lulus RAE 2/2012

Sekalung tahniah kepada semua calon RAE 2/2012 yg telah lulus dalam peperiksaan RAE 2/2012.  Teruskan langkah anda bagi mendapatkan AA dan seterusnya mula berQSO. Dalam mengendalikan stesen radio amatur ini, anda haruslah sentiasa menggunakan ilmu yang anda perolehi serta mematuhi semua peraturan berkaitan radio amatur yang telah ditetapkan.

Calon-calon yang gagal, teruskan usaha anda, pasti kejayaan menanti anda dengan usaha berterusan anda nanti.

Anda yang berminat untuk menceburi hobi radio amatur ini dan ingin menjadi SWL (short-wave listener) boleh menghubungi admin blog Komuniti ASTRA Perak menerusi email astraperak@yahoo.com atau mendaftar sebagai RAKAN KOMUNITI ASTRA PERAK menerusi pautan pada menu di atas. Komuniti ini akan sedaya upaya membantu anda.


Wednesday 9 January 2013

Komuniti ASTRA Perak di Fiesta Pelancongan Negeri Perak 2012

Komuniti ASTRA Perak telah diberi peluang mengadakan pameran radio amatur di tapak pameran Karnival Fiesta Pelancongan Perak 2012 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Acara ini merupakan kemuncak kepada Tahun Melawat Perak 2012 serta bermulanya kempen Discover Perak. Pelbagai acara mengisi sepanjang 5 hari karnival itu yang berlangsung 27 hingga 31 Disember 2012. Selain daripada pameran radio amatur, acara CheckNet ASTRA Malaysia turut dijalankan dari tapak karnival yang dikelolakan oleh Cikgu Khalid 9W2AGU. Pihak penganjur turut menyiarkan sesi CheckNet ini menerusi sistem audio utama tapak karnival agar ianya dapat didengari oleh para pengunjung karnival. Pada malam 31 Disember 2013, pengurus Komuniti ASTRA Perak turut serta memberi ucapan tahun baru bersama-sama semua pengurus-pengurus Komuniti ASTRA negeri di rangkaian transnasional. Menerusi acara ini, Komuniti ASTRA turut berjaya menarik minat sejumlah kira-kira 50 pengunjung mendaftar sebagai rakan ASTRA Perak/ bakal SWL di bawah komuniti.
Fiesta Pelancongan Perak 2012