SELAMAT DATANG, WELCOME, WILKOMMEN, BIENVENUE, WELKOM, HUAN YÍNG, BIENVENIDO

Selamat datang blog Komuniti Astra Perak. Komuniti ini terdiri daripada pengamal radio amatur di Perak yang bernaung di bawah ASTRA Malaysia..

Thursday 29 November 2012

Menjadi Pengendali Stesen Radio Amatur

Untuk menjadi seorang pengendali stesen radio amatur, anda boleh mulakan dengan langkah-langkah berikut:-

Memahami kandungan Garis Panduan Perkhidmatan Radio Amatur di Malaysia . Pemahaman yang jelas berkenaan garis panduan ini amat penting bagi seseorang pengendali stesen radio amatur di Malaysia berkaitan tatacara dan perundangan yang perlu dipatuhi.

Anda juga boleh menyertai mana-mana persatuan atau kelab radio amatur berhampiran anda seperti Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia (ASTRA) bagi mendapatkan bimbingan berkenaan radio amatur ini.

Anda juga boleh menjadi seorang SWL (Short Wave Listener), iaitu sebagai pendengar / (monitor) sahaja di jalur Radio Amatur. Dengan cara ini, anda akan dapat mempelajari kaedah rakan-rakan ham berkomunikasi diantara satu sama lain.

Seterusnya, anda boleh menduduki dan lulus Peperiksaan Radio Amatur (RAE) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan anda mendapat Amateur Radio Operator’s Certificate (AROC) Class B. Seterusnya dengan adanya AROC ini, anda boleh mendapatkan Amateur Station Apparatus Assignment (ASAA) (Class B) atau kebiasaanya dikenali sebagai 'AA'.

Dengan adanya 'AA' ini anda telahpun mempunyai CALLSIGN dan membolehkan anda memancar di jalur/frekuensi radio amatur.

73




Friday 9 November 2012

Komuniti ASTRA Perak di Media